Wednesday, April 22, 2026
HomeHIBURAN'Erma Kena Belajar, Nak Mula Bisnes, Bahagia, Jangan Kongsi' - Umie...

‘Erma Kena Belajar, Nak Mula Bisnes, Bahagia, Jangan Kongsi’ – Umie Aida

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Datin Seri Umie Aida memberi nasihat secara terbuka mengenai kepentingan menjaga rahsia terutama melibatkan perancangan masa hadapan dan urusan perniagaan.

Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, turut memetik nama kakaknya iaitu Erma Fatima seolah-olah memberi peringatan kepada wanita terbabit agar menyimpan perkara yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

“Pelajaran dan pengajaran apabila nak buat sesuatu terutama bisnes, jangan berkongsi dengan sesiapa pun lebih-lebih lagi kawan-kawan yang sealiran dengan perniagaan kita nak buat.

“Sebab dari situ muncul pula putik-putik cemburu dan perasaan iri hati, maka akan mula melakukan sesuatu di luar jangkaan kita.

“Berhati-hati benda itu, Erma awak kena belajar,” katanya dalam sebuah video menerusi hantaran Instagram.

Pada masa sama, aktres dan penerbit itu memaklumkan perkongsian mengenai kehidupan peribadi secara terbuka boleh menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan segelintir orang sekeliling.

“Jangan berkongsi setiap kemesraan dan kebahagiaan atau apa kita buat pada orang yang kita rasa baik dengan kita.

“Tetapi hakikatnya, ada rasa tak puas hati dekat situ. Maka, lahirlah kata-kata tak indah seperti dia cucuk pihak A atau B,” jelasnya.

Umie turut meluahkan rasa sedih mengenai perkara yang dipercayai menimpa kakaknya namun tetap memandang sudut positif selain menasihatkan agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Biarpun tidak memperincikan hal yang menimpa insan disayanginya, bintang filem Embun itu tetap menyuntik kata-kata semangat.

“Saya juga sedih mendengar benda ini tapi tak mengapa. Rezeki Allah yang tentukan.

“Jadi positif dan belajar untuk tak mengulangi kesilapan yang besar baik dari sudut kebahagiaan mahupun ekonomi atau kekayaan dan kejayaan.

“Jangan berkongsi dengan orang dekat yang kita rasa sahabat,” tuturnya.

Hubungan Umie dan Erma bukan hanya sebagai saudara sedarah, bahkan mereka juga bagai rakan karib yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.

Selain kerap bersama dalam banyak karya kreatif, teater, drama atau filem, Umie dan Erma berkongsi kegilaan sama iaitu perkhemahan dan terkini mereka dilihat sama-sama menerokai keindahan Hutan Simpan Royal Belum bersama-sama.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES