Wednesday, April 22, 2026
HomeHIBURANElla Ceburi Industri Fesyen Muslimah

Ella Ceburi Industri Fesyen Muslimah

SETELAH berjaya bergelar ‘tauke cili’, Ratu Rock Negara Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dan kali ini memilih bidang fesyen muslimah melalui jenama RockQueen yang ditubuhkannya tiga tahun lepas.

Ella, atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 57, berkata, langkah berkenaan diambil berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan untuk memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.

RockQueen menurut isteri kepada Azhar Ghazali itu, diinspirasikan oleh gaya urban dengan sentuhan elegan minimalis yang menggabungkan perincian berani selain turut direka bagi memastikan keselesaan dalam pergerakan.

“Saya suka fesyen dan saya suka abaya (jubah), tetapi saya tidak mahukan abaya yang sama seperti yang biasa dilihat. Sebaliknya, saya mahukan abaya yang lebih bergaya dengan unsur-unsur berani, unik dan moden, sesuai dengan cita rasa saya.

“Setiap koleksi pakaian ini hasil ilham saya sendiri yang juga dipengaruhi oleh pengalaman saya selepas menunaikan haji,” katanya kepada media selepas pelancaran jenama itu di Muslimah Fest 2024, di sini baru-baru ini.

Biarpun sibuk dengan perniagaan, pelantun lagu Layar Impian ini berharap karier seninya juga terus bergerak seiring.

“Walaupun saya sibuk merancang melebarkan sayap perniagaan ke pasaran antarabangsa, saya juga berhasrat mengadakan konsert solo pada tahun depan.

“Kali ini, saya akan tampil dengan konsert yang berbeza. Saya teruja dan tidak sabar menantikannya. Jika tiada aral melintang, mungkin saya juga akan muncul dengan album baharu, insya-Allah,” katanya.

“Jika mahu membaiki format Gegar Vaganza, ia boleh ditambah baik untuk menjadi lebih berkualiti. Apapun, ia tetap sebuah program yang bagus,” katanya yang pernah tampil sebagai juri jemputan dalam All Stars Gegar Vaganza.

Penyanyi Man Bai sebelum ini dilaporkan mengaku tidak berminat untuk terbabit dalam program Gegar Vaganza kerana menyifatkan format pertandingan nyanyian itu memalukan penyanyi berpengalaman.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sekatan Pelabuhan Iran: AS Arah 28 Kapal Berpatah Balik

0
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan 28 kapal untuk berpatah balik atau kembali ke pelabuhan sejak permulaan sekatan ke atas kapal yang memasuki...

CATEGORIES