Saturday, June 13, 2026
HomeHIBURANDiacu Pisau, Anak Saya Dirompak Di London – Ari Lasso

Diacu Pisau, Anak Saya Dirompak Di London – Ari Lasso

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Indonesia, Ari Lasso mendedahkan anaknya baru-baru ini menjadi mangsa rompakan bersenjata ketika berada di London, United Kingdom.

Menurut bekas vokalis kumpulan Dewa 19 itu, kejadian berlaku apabila suspek mengacu senjata tajam sebelum merampas barangan berharga milik anaknya.

Perkara itu dikongsikan Ari ketika menjadi juri program realiti nyanyian D’Academy terbitan Indosiar ketika memberi nasihat kepada salah seorang peserta.

“Saya sedang berdepan situasi anak saya dirompak di London, diancam dengan pisau. Ia satu insiden yang melibatkan kekerasan.

“Sebenarnya, tidak salah jika kita membatalkan persembahan kerana hal peribadi, tetapi saya cuba tetap datang.

“Kejadian itu berlaku sejurus saya turun daripada kereta,” jelasnya.

Ari mengakui hatinya resah sepanjang acara berlangsung dan enggan memeriksa telefon bimbit kerana bimbang berita tersebut akan mengganggu tumpuannya.

Bagaimanapun, dia bersyukur anaknya tidak mengalami kecederaan.

“Kondisinya selamat, cuma semua tugasan penting ada dalam telefonnya yang dirampas,” katanya.

Dalam pada itu, Ari menegaskan bahawa seseorang penyanyi perlu kekal profesional walau apa pun dugaan yang dihadapi.

“Sama ada hujan, mahu bercerai, atau patah hati sekalipun, kita mesti fokus di pentas kerana penonton tidak peduli masalah kita,” ujarnya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES