Thursday, August 20, 2026
HomeHIBURAN‘Dia Sudah Minta Maaf, Janji Takkan Ulangi Lagi’ - Fasha Sandha

‘Dia Sudah Minta Maaf, Janji Takkan Ulangi Lagi’ – Fasha Sandha

PETALING JAYA – Pelakon terkenal, Fasha Sandha mendedahkan sudah berdamai dengan pelakon yang didakwa datang lambat ke set penggambaran baru-baru ini.

Menurut Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, pelakon tersebut sudah memohon maaf kepadanya dan dia menerima dengan hati terbuka.

“Kami sudah berdamai. Dia sudah minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatannya.

“Saya harap perkara ini dapat memberi pengajaran orang lain untuk menghormati masa,” katanya ketika ditemui di sidang media drama Doa Yang Terlindung 2, di sini, semalam.

Walaubagaimanapun, pelakon filem Anak Halal itu mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan nama pelakon tersebut.

“Saya tidak mahu mendedahkan siapa orangnya kerana kami sama-sama bergelar selebriti. Dia pun sudah minta maaf, jadi saya anggap sudah selesai,” jelasnya.

Asbab dia bersuara tentang isu pelakon yang tidak menepati masa, kata Fasha ramai rakan selebriti dilihat turut mula bersuara tentang isu sama.

“Selepas saya suarakan isu ini, saya lihat ramai juga artis yang bersuara perkara sama. Mungkin ini adalah hikmah dan permulaan buat mereka yang tidak menepati waktu untuk menghormati masa orang lain,” ujarnya.

Terdahulu, Fasha pernah ‘naik hantu’ dengan sikap seorang pelakon yang didakwa sering datang lewat ke set penggambaran hingga mengganggu jadual penggambaran.

Apa yang lebih mengecewakan, pelakon itu tidak memohon maaf dan menarik muka kepadanya.

Dalam perkembangan lain, Fasha bakal membintangi drama Doa Yang Terlindungmusim kedua selepas musim pertama mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 10 juta tontonan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ibu Ditembak Mati, Anak Dicampak Dalam Gaung

0
JAKARTA – Kumpulan Penjenayah Bersenjata (KKB) sekali lagi melakukan keganasan di  Papua Tengah selepas menjadikan sembilan wanita tebusan, menembak mati seorang ibu dan  mencampakkan...

CATEGORIES