Monday, February 9, 2026
HomeHIBURAN'Bukan Berlagak Tak Nak Bergambar, Kami Baru Kemalangan’ - Ezzanie Jasny

‘Bukan Berlagak Tak Nak Bergambar, Kami Baru Kemalangan’ – Ezzanie Jasny

PETALING JAYA – Mengelak salah faham, pelakon Ezzanie Jasny menjelaskan bukan sombong apabila tidak memenuhi permintaan peminat untuk bergambar berikutan keadaan wajahnya yang masih lebam akibat kemalangan.

Ezzanie atau nama lengkapnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, turut meminta maaf jika ada yang terasa hati atas tindakan dilakukan ketika dia singgah makan di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

“Maaf tau orang Aloq Staq (Alor Setar). Kami bukan berlagak tak mau (nak) buat video ke ambil gambar ke, tapi kami baru lepas kemalangan kan.

“Kami singgah mai (datang) makan saja. Rupa pun tengah buruk. Maaf hampa tau,” kongsinya dalam hantaran di Threads.

Begitupun, menerusi ruangan komen ramai pengikutnya maklum serta memahami situasi membabitkan pelakon drama bersiri Sayang Tak Dikenang itu.

“Semoga cepat sembuh ye. Tak mengapa, orang Aloq Staq faham,’ tulis netizen.

“Semalam jumpa kat warung cendol,” kata seorang pengguna akaun Threads lain.

Minggu lalu Ezzanie memaklumkan dia dimasukkan ke zon kecemasan selepas terlibat dalam kemalangan bersama ibu bapanya.

Kesan kemalangan itu mengakibatkan kecederaan serius di bahagian tengkorak, manakala wajahnya membengkak sekali gus memerlukan masa untuk sembuh.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Miskin Tetapi Kahwin, Itu Jenayah Terbesar Kaum Lelaki’

0
JANGAN terkejut dengan sokongan pelakon Aedy Ashraf terhadap pandangan seorang netizen mengenai keupayaan seorang lelaki sebelum mendirikan rumah tangga. Pelakon berdua 32 tahun itu bersetuju...

CATEGORIES