Monday, March 16, 2026
HomeHIBURAN‘Bukan Anti Lelaki, Saya Tak Nak Suami Tumpang Senang Bini’

‘Bukan Anti Lelaki, Saya Tak Nak Suami Tumpang Senang Bini’

JOHOR BAHRU – Hati usahawan sensasi Madam Mariyah tidak tertutup untuk berkahwin sekali lagi namun berharap dijodohkan dengan bakal suami yang sekufu terutama dari segi kewangan. 

Mariyah atau nama sebenarnya, Mariyah Yaakob, 51, bagaimanapun meletakkan urusan jodoh semua kepada ketentuan Ilahi kerana baginya, Tuhan sebaik-baik Perancang. 

“Insya-Allah, kalau ditakdirkan ada, itu Allah yang tentukan. Sudah tentu saya nak cari (berjodoh) lebih daripada saya. 

“Kalau tak cari yang lebih berbanding saya (sekufu), nanti dia rasa ‘rendah’ pula. Nanti ada yan cakap tumpang kesenangan bini pula. 

“Biasalah kan, mulut-mulut netizen. Cuma saya nak ingatkan, suami itu adalah pinjam Tuhan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis pelancaran pejabat urusan Auramaria di sini semalam. 

Madam Mariyah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam dunia perniagaan apabila pejabat urusan jenama Auramaria miliknya dibuka di Taman Kempas Utama, Johor Bahru.

Ditebak pertanyaan dirinya anti lelaki selepas gagal dalam perkahwinan, Mariyah mempunyai jawapan tersendiri berhubung perkara terbabit. 

Jelasnya, sebelum membulatkan hati untuk menyayangi orang lain adalah lebih baik meletakkan diri sendiri di kedudukan pertama. 

“Macam saya cakap, suami ialah pinjaman. Dalam masa saya, saya juga nak ingatkan, kita (orang wanita) kena sayang diri sendiri lebih daripada segala-galanya. 

“Saya bukan anti lelaki — saya nak kaum wanita kena ada duit sendiri. Untung sabut, kita dapat suami ‘provider’ tapi kita tak tahu masa depan kita. 

“Apa yang akan terjadi pada masa akan datang, kita semua tak tahu. Tak bermakna hati saya tertutup untuk berkahwin lagi,” ujarnya lagi. 

Sebelum ini Mariyah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mr. S, di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru pada 30 September 2025. 

Perceraian setelah hampir 20 tahun berkahwin itu didakwa berpunca daripada orang ketiga.

Beliau diceraikan melalui komen di siaran langsung TikTok pada 7 Ogos 2025.

Terbaharu, terus maju dalam bidang perniagaan, Mariyah yang dahulunya dikenali sebagai Mak Cik Kemboja terus bergerak ke hadapan dengan tujuk produk baharu selepas meledak dengan jenama, Kopi Che Lims.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konflik Di Asia Barat Semakin Tegang, Ringgit Susut Berbanding Dolar AS

0
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di...

CATEGORIES