Thursday, June 11, 2026
HomeHIBURAN‘Bersiap, Berangkat Tak Lama Lagi’ – Bella Dally Bakal Tunai Haji

‘Bersiap, Berangkat Tak Lama Lagi’ – Bella Dally Bakal Tunai Haji

PETALING JAYA – Dijemput menjadi tetamu Allah, pelakon Bella Dally berkongsi khabar gembira bakal berangkat menunaikan ibadah haji tahun ini.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 33, bersyukur apabila ramai yang mendoakan kelancaran urusannya dan suami, Arif Izuddin Mohd. Radzali.

“Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis doa selamat kami sebelum berangkat menunaikan haji.

“Kami sangat tersentuh dengan doa yang baik dan pemberian ikhlas daripada anda semua. Hati kami dipenuhi rasa syukur dan kebahagiaan.

“Ucapan terima kasih yang istimewa juga kepada mereka yang membantu menganjur dan menyediakan majlis ini. Masa dan usaha anda amat bermakna buat kami,” katanya dalam Instastory.

Pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta itu turut berkongsi foto majlis doa selamat yang diadakan di kediamannya, semalam.

Menerusi hantaran sama, Bella turut memohon maaf kepada semua andai ada kesilapan yang dilakukan mereka suami isteri.

“Ketika ini kami bersiap untuk berangkat tidak lama lagi.

“Kami dengan rendah hati memohon maaf atas sebarang kesilapan atau kesalahan yang mungkin pernah dilakukan saya atau suami sama ada secara sedar atau tidak sedar.

“Mohon doakan kami,” ujarnya.

Begitupun, pasangan terbabit tidak memaklumkan tarikh pemergian mereka.

Terdahulu, seramai 284 jemaah haji Malaysia berlepas Tanah Suci pada 29 April lalu sekali gus menandakan bermulanya musim haji bagi tahun ini.

Bagi musim haji kali ini, kerajaan Arab Saudi meluluskan sebanyak 31,600 kuota untuk jemaah Malaysia yang dijangka tiba di Madinah dan Mekah secara berperingkat sehingga kumpulan terakhir pada 1 Jun depan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES