Thursday, October 1, 2026
HomeHIBURAN‘Belajar Semula Cara Baca Iqra, Al-Quran Demi Melawan Iblis’ - Arya

‘Belajar Semula Cara Baca Iqra, Al-Quran Demi Melawan Iblis’ – Arya

KUALA LUMPUR – Pelakon Indonesia, Arya Saloka nekad mempelajari semula cara membaca al-Quran dengan sempurna demi watak Ustaz Adam dalam filem Munafik: Melawan Iblis yang akan memulakan tayangan di pawagam Malaysia bermula hari ini.

Menurut Arya, inisiatif mempelajari setiap ilmu tajwid bacaan al-Quran tersebut merupakan pilihan sendiri selain turut mendalami ilmu ruqyah daripada tenaga pengajar yang disediakan oleh pihak produksi.

“Alhamdulillah saya memang sudah boleh mengaji al-Quran sebelum ini.

“Namun selepas terima tawaran filem ini, saya termotivasi untuk belajar dengan mengulangi semula membaca dari Iqra untuk memantapkan lagi tajwid serta penghafalan saya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis tayangan filem Munafik: Melawan Iblis di sini, semalam.

Dalam pada itu, dia memberitahu proses latihan termasuk fasa melancarkan bacaan al-Quran adalah sekitar dua bulan sebelum penggambaran dijalankan dengan pelakon lain.

Bintang siri Gadis Kretek itu juga turut menerima tunjuk ajar daripada seorang ustaz dalam mempelajari ilmu ruqyah.

“Sebelum penggambaran, kami ada jalani sesi latihan sekitar dua bulan. Saya memang gunakan tempoh itu sebaik mungkin lebih-lebih lagi untuk belajar kembali tentang bacaan al-Quran.

“Pihak produksi juga menyediakan tenaga pengajar iaitu seorang ustaz yang sangat mahir dalam bidang al-Quran dan ilmu ruqyah.

“Memang sukar nak hafal setiap bacaan tetapi syukur alhamdulillah Allah SWT permudahkan,” katanya lagi.

Selain Arya, filem adaptasi karya asal milik Syamsul Yusof itu turut dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hussain Idam Rakam Lagu Due Bersama Bapanya, Jamilul Hayat

0
KUALA LUMPUR - Penyanyi Hussain Jamilul, 23, menyimpan hasrat untuk merakamkan lagu duet bersama bapanya, Jamilul Hayat, 65, yang disifatkannya masih hebat menyanyi, terutama...

CATEGORIES