Wednesday, April 22, 2026
HomeHIBURANAzal Anak Autisme Lancar Zikir Bismillah 5, Zarina Zainuddin Terharu

Azal Anak Autisme Lancar Zikir Bismillah 5, Zarina Zainuddin Terharu

PETALING JAYA: Pelakon, Zarina Zainuddin, mencuri tumpuan apabila berkongsi video dia dan anak kedua, Azal Azrai mendendangkan zikir Bismillah 5 di platform media sosial.

Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 54, berharap bacaan zikir yang dialunkannya bersama Azal yang juga menghidap autisme akan dapat memberi kebaikan kepada pendengar.

“Assalamualaikum, Bismillah 5 daripada saya dan Azal. Semoga menjadi manfaat bersama,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Zikir Bismillah 5 merupakan gabungan lima ayat daripada al-Quran yang dimulakan dengan Bismillah dibaca untuk memohon ketenangan hati dan perlindungan.

Tindakan Zarina mengajak anaknya untuk sama-sama mengingati Allah meraih pujian warganet selain berbangga kerana Azal boleh mengingati dan membaca zikir dengan lancar.

“Emak yang ada anak istimewa sahaja akan tahu betapa bangga anak boleh baca ayat itu. Saya pun tunggu anak-anak istimewa saya boleh baca seperti itu tapi doa belum dikabulkan,” tulis satu komen.

“Anak autisme baca Bismillah 5 aku bangga, orang normal pun belum tentu hafal,” tulis komen yang lain.

“Terharu dengar bacaan Azal. Semoga saya ada kekuatan macam akak nak jaga anak syurga,” kata seorang peminat.

Ini bukan kali pertama Zarina memuat naik video zikir, sebelum ini pelakon Seindah Cinta itu turut berkongsi bacaan selawat Assalamualaikum Ya Rasullah dan Tafrijiyyah yang menimbulkan pelbagai respons daripada pendengar.

Sumber: UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES