Saturday, April 11, 2026
HomeHIBURAN‘Anak Saya Yusoff Ada ADHD, Setiap Hari Benjol Di Kepala’

‘Anak Saya Yusoff Ada ADHD, Setiap Hari Benjol Di Kepala’

PETALING JAYA – Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida mendedahkan anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi ada masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Menurut Shahida atau nama penuhnya Nur Shahida Mohd Rashid, 41, Yusoff kanak-kanak yang tidak mempunyai perasaan takut selain gemar melakukan perkara di luar jangkaan.

“Anak saya Yusoff pun ada ADHD, saya ramai anak lelaki dan semua lasak.

“Tapi Yusoff lasaknya lain macam, dia tak ada rasa takut, tidak suka ditekan-tekan dan suka buat benda yang kita tak jangka.

“Masa umur satu atau dua tahun, hari-hari dia ada benjol di kepala,” katanya dalam Threads.

TANGKAP layar perkongsian Shahida mengenai anaknya, Yusoff yang lasak, tiada rasa takut dan gemar melakukan perkara tidak dijangka. 

Pendedahan tersebut dilakukan selepas seorang netizen mempersoalkan ciri-ciri anak yang ada masalah ADHD dan bekas anggota kumpulan Solehah itu secara langsung berkongsi pengalamannya sendiri.

Terdahulu, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terima Kasih Daddy, Awak Sentiasa Di Sisi – Watie

0
PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah bersyukur dikurniakan pasangan hidup yang banyak membantunya sepanjang tempoh menjaga anak mereka, Akira...

CATEGORIES