Wednesday, April 22, 2026
HomeHIBURAN‘Allah Tutup Satu, Dia Buka Satu Lagi Mata, Alhamdulillah’

‘Allah Tutup Satu, Dia Buka Satu Lagi Mata, Alhamdulillah’

PETALING JAYA – Berdepan kecederaan mata kiri, pelakon Datuk Aaron Aziz menyifatkan insiden yang berlaku ketika bermain pickleball sebagai peringatan daripada Allah SWT kepadanya.

Aaron atau pemilik nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz, 50, berkata, tahap penglihatan mata kirinya kini menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan di hospital.

“Alhamdulillah saya dah  keluar hospital. Doktor kata, mata saya dah 80 peratus pulih. Dari pengalaman ini, saya rasa Allah cuba mengingatkan saya tentang sesuatu.

“Allah ajar bahawa perkara lebih teruk boleh berlaku pada penglihatan saya, boleh jadi buta, boleh tak nampak.

“Kalau hilang satu mata, saya tak boleh ‘shooting’, cari rezeki atau teruskan kerja seperti biasa,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Pelakon filem Banduan itu berkata, kemalangan ketika beriadah itu turut membuatkannya lebih menghargai kurniaan Tuhan.

“Kiranya seperti Allah tutup satu mata, tapi Dia buka satu lagi mata untuk saya memperingatkan diri sendiri,” ujarnya.

Pada masa sama, Aaron turut menitipkan pesanan kepada netizen untuk mengejar malam Lailatul Qadar selain tidak melakukan perkara tidak berfaedah.

“Tabarakallah. Alhamdulillah. Yang baik semuanya dari Allah Azza Wajalla dan yang buruk dari diri sendiri.

“Selamat mengejar malam Lailatul Qadar semua. Terima kasih pada semua yang doakan saya,” katanya lagi.

Pada 8 Mac lalu, bapa kepada tiga cahaya mata itu mendedahkan terpaksa melupakan hasrat untuk bertemu peminat di Jalan TAR kerana ditahan di hospital.

Aaron menyatakan mata kirinya yang terkena pantulan bola pickleball cedera serta perlu dimasukkan ubat titis setiap 30 minit.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES