Tuesday, July 14, 2026
HomeHIBURAN‘Allah Dengar Bisikan Hati’ – Afifah Nasir Bakal Timang Anak Lelaki

‘Allah Dengar Bisikan Hati’ – Afifah Nasir Bakal Timang Anak Lelaki

PETALING JAYA – Tidak merahsiakan daripada pengetahuan umum, pelakon Afifah Nasir mendedahkan bakal melahirkan anak lelaki tidak lama lagi.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam hantaran Instagram menerusi sebuah majlis ‘gender reveal’ bersama keluarga terdekat.

Afifah atau nama lengkapnya Nur Afifah Nasir, 32, bersyukur impiannya untuk memiliki cahaya mata lelaki akhirnya termakbul.

“Subhanallah sangat indah dan menyentuh hati bila difikirkan. Memang menakjubkan bagaimana Allah mendengar walaupun hanya bisikan dalam hati.

“Bila sesuatu itu sudah tertulis untuk kita, doa yang tak terluah pun boleh jadi kenyataan,” katanya dalam hantaran Instagram.

Pada masa sama, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu memaklumkan suaminya, Syed Hariz sememangnya mahu menikmati fasa bulan madu pada tahun pertama perkahwinan dan memberi fokus untuk memiliki zuriat pada tahun ini.

Dia juga bersyukur perancangan tersebut dipermudahkan dan dimakbulkan Allah.

“Hariz pernah beritahu saya, dia mahu tahun 2024 hanya tertumpu pada kami berdua saja dan berharap menimang cahaya mata pada tahun 2025.

“Alhamdulillah, semuanya menjadi kenyataan dengan kehadiran seorang bayi lelaki, seorang Syed. Nikmat Allah memang tak terhitung.

“Semoga Allah terus limpahkan rahmat dan keberkatan kepada keluarga kami, sentiasa melindung anak kecil kami dan jadikan dia anak soleh serta penyejuk mata,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Afifah dan Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei tahun lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Genap setahun berkahwin, Afifah hamil anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Berpada-Pada Cuba Makanan Viral, Jaga Kesihatan’ – Anzalna Nasir

0
PETALING JAYA – Teruja menikmati ‘makanan viral’, pelakon Anzalna Nasir mengingatkan orang ramai agar usah terlalu ghairah mengejar trend sehingga mengabaikan aspek kesihatan. Anzalna atau...

CATEGORIES