Tuesday, May 26, 2026
HomeHIBURANAlha Alfa Sumbang RM20,000 Tampung Kos Rawatan Anak Amyza

Alha Alfa Sumbang RM20,000 Tampung Kos Rawatan Anak Amyza

PETALING JAYA – Mengotakan janji, jurusolek dan ahli perniagaan, Datuk Alha Alfa menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada anak kedua pelakon Amyza Aznan yang menghidap kanser tulang.

Alha atau nama sebenarnya, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 38, berkata jumlah dikumpulkan daripada hasil pembelian produk kosmetiknya itu adalah bagi menampung kos rawatan remaja terbabit di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

“Salam semua pengguna yang sokong pembelian set untuk kita bantu kos rawatan anak kedua kak Amyza iaitu Adrian Adam, saya dah pun sampaikan amanah ini.

“Semoga dipermudahkan urusan kak Amyza dan anak-anak, kami sentiasa doakan,” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Perkongsian berkenaan memaparkan Alha bersama pasukannya menyantuni Amyza serta puteranya, Adrian Adam,18, bagi menyerahkan sumbangan.

Usahawan popular itu tidak ketinggalan mendoakan agar Adrian diberikan kesihatan yang baik selain segera sembuh.

“Semoga lan (panggilan Adrian) sihat sediakala. Mari kita doakan kesembuhan untuk lan, amin,” tulisnya.

Sebelum ini Alha melancarkan set produk khas bagi membantu Adrian yang disahkan menghidap kanser tulang.

Alha juga terbabit lebih dulu mendapatkan keizinan Amyza sebelum melaksanakan inisiatif tersebut menerusi siaran langsung di TikTok miliknya.

Terdahulu, Amyza mendedahkan Adrian disahkan menghidap kanser tulang selang setahun anak sulungnya didiagnos kanser paru-paru.

Allahyarham Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 24 Februari lalu.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES