Saturday, April 11, 2026
HomeHIBURAN‘Kalau Kenen-Kenen Buat Orang Hilang Resah, Saya Okey’

‘Kalau Kenen-Kenen Buat Orang Hilang Resah, Saya Okey’

KUALA LUMPUR – Pelakon Que Haidar menegaskan status hubungannya dengan aktres, Nur Fazura hanya sekadar sebagai sahabat lama yang menjalankan sebuah kempen raya bersama.

Menurut Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, dia bagaimanapun mengakui masih berasa segan setiap kali berhadapan aktres berkenaan kerana berasakan dirinya kerdil dalam industri seni kerana sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan.

“Memang kami bersahabat. Fazura ialah sahabat lama yang sudah lama saya tidak berjumpa, kami juga sertai industri ini dalam tempoh yang lebih kurang sama.

“Bila jumpa semula, mestilah ada rasa malu-malu dan segan. Maklumlah saya sudah lama meninggalkan industri.

“Kadang-kadang saya terfikir juga, ‘wow, besarnya nama awak sekarang’, sedangkan saya rasa nama saya kecil sahaja,” katanya ketika ditemui pada sidang media program Raya Astro 2026 di sini, semalam.

Ditanya mengenai reaksi peminat yang seperti merestui sekiranya hubungan mereka melangkah ke fasa lebih serius, dia enggan terlalu mengambil serius perkara tersebut.

“Kalau orang gembira, alhamdulillah. Kalau perkara ‘kenen-kenen’ ini boleh buat orang hilangkan keresahan atau stres mereka, saya okey sahaja.

“Kita tidak perlu fikir terlalu berat. Kalau saya beratkan, pasti akan jadi berat.

“Kalau saya ringankan, ia jadi ringan. Jadi saya layan sahaja,” katanya lagi.

Terdahulu, kemesraan hubungan Que dan Fazura menjadi bualan ramai selepas kedua-duanya dilantik sebagai duta dan bekerjasama mempromosikan sebuah jenama tesktil tempatan.

Lebih menghangatkan spekulasi, dia juga pernah menghadiahkan sejambak bunga mawar kepada Fazura selain mereka turut dilihat mengunjungi bazar Ramadan bersama baru-baru ini.

Hubungan mesra mereka itu membuatkan ramai mula ‘menjodohkan’ pasangan sahabat itu selain tercetus tanda pagar #QuelaFaz.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terima Kasih Daddy, Awak Sentiasa Di Sisi – Watie

0
PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah bersyukur dikurniakan pasangan hidup yang banyak membantunya sepanjang tempoh menjaga anak mereka, Akira...

CATEGORIES