Tuesday, January 13, 2026
HomeHIBURAN8 Tahun Kahwin, Akhirnya Indah Ruhaila Bakal Timang Zuriat

8 Tahun Kahwin, Akhirnya Indah Ruhaila Bakal Timang Zuriat

PETALING JAYA – Doa dan penantian lapan tahun penyanyi Indah Ruhaila akhirnya bakal menjadi kenyataan apabila kini hamil dan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein,38, berkata kurniaan Allah itu merupakan anugerah terindah yang diberikan kepadanya dan suami, Ahmad Shariff Ahmad Taufik.

“Sesungguhnya Allah sebaik perancang, Alhamdulillah. Lapan tahun penuh keajaiban,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian sama, penyanyi lagu Percayalah itu turut menunjukkan beberapa gambarnya dengan perut yang semakin membesar.

Begitupun, Indah tidak memperincikan usia kandungannya, namun rata-rata netizen meneka dia sudah memasuki trimester ketiga kehamilan.

Ramai rakan artis serta pengikutnya menyampaikan ucapan tahniah selain menitipkan doa terhadap kesejahteraan pasangan terbabit.

“Alhamdulillah, tahniah buat kalian berdua,” tulis penyanyi, Anuar Zain.

“Terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan doa sahabat ku ini,” kata seorang netizen.

Terdahulu, Indah dan Shariff, 43, mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017. Menerusi perkahwinan terdahulu, Shariff mempunyai dua cahaya mata.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarkan Barang Bukan Membabi Buta, Itu Nasihat Daripada Peguam’

0
SHAH ALAM – Penyanyi sensasi Nubhan mengakui memiliki alasan yang kukuh mengapa dirinya bertindak mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya, Dr Afifah dari kediamannya baru-baru...

CATEGORIES