Friday, September 4, 2026
HomeHIBURAN10,000 Saringan Kesihatan Jantung Sasar Golongan Muda

10,000 Saringan Kesihatan Jantung Sasar Golongan Muda

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10,000 saringan dan sesi pendidikan kesihatan jantung akan disediakan bagi membantu golongan muda di Malaysia memahami tahap kesihatan serta mengenal pasti faktor risiko lebih awal.

Nazrudin Habibur Rahman (kiri) mengendalikan Forum Pakar “Don’t Miss A Beat” bersama Dr Fa’iz Mashood, Foong Pui Hing dan Cher Siew Wei yang membincangkan pendekatan praktikal untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Inisiatif itu dilaksanakan oleh Nestlé Omega Plus dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) sempena Bulan Jantung Sedunia serta selaras dengan tema Persekutuan Jantung Sedunia bagi tahun 2026, Don’t Miss A Beat.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyertai inisiatif berkenaan dengan golongan dewasa muda dalam komunitinya menjadi antara penerima manfaat program tersebut.

Menurut Nestlé Omega Plus, usaha itu bertujuan memperluaskan akses kepada saringan kesihatan dalam kalangan golongan muda, sekali gus menggalakkan mereka memahami bacaan kesihatan, mengenal pasti kemungkinan risiko dan membentuk tabiat lebih sihat sejak awal.

Felo Klinikal Kardiologi Institut Jantung Negara, Dr Fa’iz Mashood berkata, dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan wujud jurang kesedaran yang membimbangkan dalam kalangan golongan muda di Malaysia.

Menurut beliau, berdasarkan dapatan berkenaan, dianggarkan 95 peratus kes kolesterol tinggi, 80 peratus kes hipertensi dan 84 peratus kes diabetes dalam kelompok itu masih belum didiagnosis.

Katanya, tinjauan sama turut mendapati dua daripada lima orang dewasa di Malaysia tidak menjalani saringan kesihatan pada tahun sebelumnya, lazimnya kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Sementara itu, Perunding Kanan Dietetik Institut Jantung Negara, Foong Pui Hing berkata, amalan pemakanan sihat merupakan antara asas penting dalam menyokong kesihatan jantung untuk jangka panjang.

Beliau berkata, pengambilan makanan seimbang dan kaya dengan nutrien perlu diamalkan secara konsisten, termasuk sayur-sayuran, buah-buahan segar, bijirin penuh, ikan serta minyak tidak tepu.

Pada masa sama, pengambilan makanan yang diproses secara berlebihan perlu dihadkan sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan lebih sihat.

Nestlé® Omega Plus menyumbang RM100,000 masing-masing kepada Yayasan Jantung Malaysia dan Yayasan Institut Jantung Negara bagi menyokong usaha berkaitan kesihatan jantung.

Dalam perkembangan berkaitan, Nestlé Omega Plus akan meneruskan sumbangan tahunan sebanyak RM100,000 kepada YJM dan jumlah sama kepada IJNF bagi menyokong peluasan program kesedaran, pendidikan dan saringan kesihatan jantung.

Pengerusi YJM, Dato’ Dr Aljafri Abdul Majid berkata, kerjasama dan sumbangan berterusan itu membolehkan pihaknya memperluaskan program kemasyarakatan bagi membantu rakyat memahami risiko kardiovaskular serta mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Pengerusi IJNF, Toh Puan Hajjah Aishah Ong pula berkata, kerjasama berterusan antara pelbagai pihak penting dalam menghasilkan impak bermakna terhadap kesihatan masyarakat.

Menurut beliau, komitmen tersebut membantu memperluaskan capaian program pendidikan dan saringan, selain menggalakkan orang ramai mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan jantung.

Ucapan pembukaan daripada Juan Aranolds Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, usaha menggalakkan gaya hidup lebih sihat perlu merangkumi pendidikan, saringan kesihatan dan sokongan pencegahan, bukan sekadar meningkatkan kesedaran.

Beliau berkata, kerjasama dengan YJM dan IJNF membolehkan lebih ramai golongan muda memperoleh akses kepada program berkaitan kesihatan jantung.

Menurut syarikat itu, program berkenaan telah menyokong sebanyak 98,593 saringan kesihatan sepanjang 2025 dan jumlah tersebut disasarkan meningkat dua kali ganda menjelang 2027.

Nestlé Omega Plus turut memperkenalkan Nestlé Omega Gold UHT sebagai sebahagian daripada peluasan rangkaian produknya untuk golongan dewasa yang berkerjaya dan mempunyai rutin harian sibuk.

Majlis pelancaran Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles 2026 yang diadakan di MyTOWN Kuala Lumpur pada Khamis turut merangkumi forum penjagaan kesihatan, aktiviti saringan dan pendidikan berkaitan kesihatan jantung serta platform ikrar untuk rakyat Malaysia.

PTPTN turut menyediakan reruai khas pada majlis tersebut sebagai satu lagi saluran untuk mendekati dan berinteraksi dengan golongan muda.

Cabaran berjalan kaki secara maya Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober ini, manakala acara berjalan kaki secara fizikal dijadualkan berlangsung di Putrajaya pada 19 September.

Wong Yoke Mooi (tengah) diumumkan sebagai pemenang hadiah utama kempen Jom Check Kolesterol dan membawa pulang sebuah Proton e.MAS 5. Turut hadir, Yeoh She Shiang (kiri) dan Juan Aranols.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Calon PALAPES Aktif Dikecualikan Empat Ujian

0
ARAU: Calon Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang masih aktif tidak perlu menduduki ujian tertentu dalam proses pemilihan menyertai Angkatan Tetap melalui latihan Pegawai...

CATEGORIES