Monday, July 14, 2025
HomeBERITASesi Lawatan KSU Ke Reruai MOTAC Bawa Semangat Kepada Warga Kerja

Sesi Lawatan KSU Ke Reruai MOTAC Bawa Semangat Kepada Warga Kerja

KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER 2023 – YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengadakan sesi lawatan ke reruai MOTAC.

MOTAC yang juga merupakan salah satu kementerian yang terlibat dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung pada 8 hingga 10 Disember 2023 di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Foto: Motac

Dato’ KSU telah melawat dan meninjau persiapan reruai MOTAC dalam menyambut Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.Beliau telah berinteraksi dengan warga MOTAC yang menjalankan tugas dan peranan yang dimainkan oleh setiap jabatan/ agensi di bawah MOTAC.

Pencapaian dan hala tuju kementerian akan menjadi objektif utama untuk ditonjolkan kepada orang awam berkaitan prestasi yang telah dicapai selama setahun pentadbiran Kerajaan MADANI.

Reruai MOTAC menyediakan pelbagai perkhidmatan dan program seperti promosi khidmat nasihat menjadi pelancong pintar dari segi pakej pelancongan dan agen pelancong yang sah, promosi pakej percutian, tawaran pakej penginapan yang menarik.

Foto: Motac

Di samping itu, MOTAC juga menyajikan aktiviti interaktif seperti kuiz pelancongan, tarian tradisional, demo kraf, busking dan sebagainya di Reruai MOTAC no. 031, Khemah 1.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung selama tiga (3) hari ini. Orang ramai juga disarankan agar menaiki pengangkutan awam dan pengangkutan yang disediakan bagi memudahkan perjalanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Cucunda Penyambung Zuriat, Insya-Allah Bertemu di Syurga’

0
PETALING JAYA – Sempena bulan kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan kerinduan serta kasih sayang yang tidak pernah...

CATEGORIES