Wednesday, June 18, 2025
HomeBERITASeorang Lelaki Mati Semasa Dalam Tahanan Lokap

Seorang Lelaki Mati Semasa Dalam Tahanan Lokap

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 49 tahun yang ditahan atas kesalahan dadah dilaporkan meninggal dunia di lokap Balai Polis Sungai Besar, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, orang dalam tahanan (OKT) ditahan itu di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak Khamis lalu.

Katanya, anggota petugas mendapati OKT berada dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri pada pukul 3.30 pagi Jumaat, lapor Kosmo.

“Anggota segera menghubungi pihak hospital pada 4.40 pagi manakala bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sungai Buloh.

“Hasil ujian pengesanan COVID19 juga negatif setelah kita jalankan pada pukul 4.20 petang semalam,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Azri, hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan manakala punca kematian masih belum diketahui setakat ini.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum hasil siasatan diserahkan kepada Koroner,” tegasnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Jadi Pengimport Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun

0
KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport gas asli cecar (LNG) dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan lonjakan permintaan tenaga elektrik di negara...

CATEGORIES