Sunday, April 19, 2026
HomeBERITARemaja 13 Tahun Mengadu Ke Jiran Diperkosa Bapa

Remaja 13 Tahun Mengadu Ke Jiran Diperkosa Bapa

KEMAMAN – Seorang pekerja am ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan dakwaan memperkosa anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu mengadu dianiaya bapanya kepada salah seorang jirannya.

“Remaja perempuan tersebut mendakwa perbuatan itu dilakukan bapanya berusia 36 tahun pada
kira-kira dua minggu lalu.

“Dia yang tidak berani memberitahu hal itu kepada ibunya sebaliknya meminta bantuan jirannya untuk membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, suspek ditahan kelmarin dan ujian air kencing mendapati dia bebas pengaruh dadah.

Tambah beliau, laporan perubatan di Hospital Kemaman di sini mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan pelajar tingkatan satu tersebut.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES