Tuesday, April 28, 2026
HomeBERITAPremis Makanan Di Pulau Pangkor Diserbu KPDN, Isu Harga 'Cekik Darah'

Premis Makanan Di Pulau Pangkor Diserbu KPDN, Isu Harga ‘Cekik Darah’

LUMUT – Sebuah premis makanan hasil laut di Pulau Pangkor yang didakwa mengenakan harga mahal melampau dan tular dalam media sosial, dikenakan tindakan dalam pemeriksaan mengejut semalam dan hari ini.

Pemeriksaan bersepadu menerusi Ops Samar itu membuat pemeriksaan ke atas premis menjual makanan hasil laut tersebut serta yang lain di sekitar Teluk Nipah bermula pukul 6 petang hingga 2 pagi.

Berdasarkan laporan Kosmo, hasil operasi itu mendapati premis tersebut tidak meletakkan tanda harga ke atas makanan hasil laut yang belum dimasak serta tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil
laut tersebut.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail, menjelaskan premis itu hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform dilakukan awal pagi hari ini.

“Pemeriksaan dan perbandingan harga makanan di premis yang diadu juga didapati
lebih tinggi berbanding harga makanan yang sama di premis lain sekitar Teluk Nipah,” katanya di sini hari ini.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Menitis Air Mata, Nak Peluk Tak Dapat’ – Datuk Red

0
SHAH ALAM – Kehadiran usahawan sensasi, Datuk Red ke sprogram realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bagi memberikan sokongan kepada bekas isteri,...

CATEGORIES