Polis Tahan Pelajar Tingkatan Dua Disyaki Buang Bayi Baru Lahir

0
285
Foto: Astro Awani

KUCHING, 30 November- Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun kerana telah membuang bayi perempuannya di dalam semak di kawasan perumahan di Lorong 19 Cahaya Damai, Bandar Baru Semariang, Kuching pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, pelajar tingkatan dua itu telah ditahan pukul 8 malam tadi di sebuah rumah dekat kawasan Matang.

“Kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu mendedahkan atau membuang kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,”kata Ahsmon menerusi kenyataan.

Terdahulu, Ashmon memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan seorang bayi perempuan masih bertali pusat di kawasan perumahan di Semariang, pukul 9 pagi semalam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah dikejarkan ke lokasi dan mendapati bayi itu masih hidup dan dalam keadaan sihat.

Bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan seterusnya akan dirujuk ke pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here