Polis Sudah Buka 104 Kertas Siasatan Berhubung Isu 3R

1
617

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan sebanyak 104 kertas siasatan sudah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

Beliau berkata, kenyataan dan nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyentuh isu 3R juga adalah satu kenyataan yang jelas.

“Justeru, polis akan terus mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak tanpa mengira parti politik, yang didapati mengeluarkan kenyataan boleh menjejas dan menggugat ketenteraman awam serta membangkitkan kebencian dalam masyarakat.

“Bila disebut (oleh pembangkang) PH (Pakatan Harapan) menolak Islam, menyokong komunis, puak yang khianat dan puak yang menolak raja. Bila masa pula kita (PH) tolak raja. Ini yang diungkap dalam perutusan video ketika kuliah di Masjid Rusila pada 14 Oktober 2022.

“Jadi terpaksa aduan dibuat dan disiasat. Dalam konteks inilah Ketua Polis Negara memberikan nasihatnya. Saya ada berpuluh lagi (kenyataan yang dianggap menyentuh isu 3R),”katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini yang meminta supaya Razarudin menarik semula kenyataan yang menasihat dan meminta mana-mana pihak untuk tidak bercakap dan berhujah berkenaan isu 3R.

Katanya lagi, siasatan isu menegnai isu 3R tertakluk kepada panduan undang-undang sedia ada iaitu bawah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 dan Perlembagaan Persekutuan.

1 COMMENT

  1. I’ve read several good stuff here. Definitely price bookmarking for revisiting.
    I surprise how a lot attempt you place to make this kind of excellent informative
    site.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here