Friday, June 26, 2026
HomeBERITAPerodua Alza Merah Melarikan Diri Selepas Melanggar Pejalan Kaki

Perodua Alza Merah Melarikan Diri Selepas Melanggar Pejalan Kaki

JOHOR BAHRU: Polis sedang giat mengesan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza disyaki terbabit kes langgar lari yang menyebabkan seorang pejalan kaki maut, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi di Kilometer 0.5 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menghala ke bandar raya ini.

Beliau berkata, kemalangan itu dipercayai membabitkan mangsa lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an dengan sebuah Perodua Alza berwarna merah.

“Mangsa yang dirempuh mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dan disahkan maut di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang berada di kiri jalan dilanggar Perodua Alza itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Raub berkata, pemandu kenderaan terbabit dipercayai tidak berhenti dan terus melarikan diri selepas nahas itu berlaku.

Susulan itu, beliau berkata, usaha mengesan pemandu MPV berkenaan sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis memohon saksi awam yang melihat kejadian itu agar tampil ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Fatihah Ismail, melalui talian 010-4171762,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Burung Memilih Terbang’ – Luahan Aslam Cetus Tanda Tanya

0
PETALING JAYA – Tiga hari selepas perceraian dengan isteri kedua disahkan mahkamah, pempengaruh media sosial, Aslam berkongsi luahan yang seolah-olah menggambarkan situasi dilaluinya ketika...

CATEGORIES