Sunday, February 15, 2026
HomeBERITAPenghargaan Luar Biasa Buat Rakyat Malaysia Bakal Diumum – PM

Penghargaan Luar Biasa Buat Rakyat Malaysia Bakal Diumum – PM

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia mula meluahkan pelbagai jangkaan susulan hantaran terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa satu pengumuman penting bakal dibuat dalam tempoh masa terdekat ini.

Tinjauan di ruangan komen media sosial miliknya mendapati rata-rata netizen menaruh harapan bahawa ia membabitkan perkara positif seperti bantuan tambahan, subsidi serta inisiatif kebajikan rakyat.

“Moga berita baik untuk semua rakyat Malaysia,” kata Nur Fitri.

“Wahh tak sabar kami nak tahu… mesti lagi banyak bantuan dan inisiatif untuk golongan terpinggir. Yakin dengan Kerajaan Madani!” ujar Emilia Eriffin.

“Satu perkongsian yang menarik, semoga ada sinar baru untuk Malaysia yang lebih baik di bawah Kerajaan Madani,” komen Akhbar Khan.

Dalam pada itu, ramai turut berharap agar pengumuman itu melibatkan penambahan subsidi dan penurunan harga barang.

“Harapnya harga minyak turun, ya Allah makbulkanlah doa ini… minyak turun semua akan turun dan harapnya ada juga penambahan subsidi,” tulis Mohd Nazif.

“Saya harap harga rumah lebih mampu milik untuk golongan B40,” kata Alex Chua.

“Fokus Kerajaan Madani sepatutnya kekal pada kebajikan rakyat marhaen. Bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) memang banyak bantu kami yang susah ini,” luah seorang lagi pengguna.

Semalam, Anwar memuat naik satu hantaran ringkas di media sosial dengan kapsyen ‘Nantikan..’ bersama poster bertulis ‘Akan datang, suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku’ sekali gus mencetuskan tanda tanya kepada seluruh rakyat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kementerian Digital Perkukuh Keupayaan AI Sektor Awam Melalui Kerjasama Strategik Dengan...

0
PUTRAJAYA, 12 FEBRUARI 2026 — Kementerian Digital melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Nasional (National AI Office-NAIO), hari ini bekerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) menerusi...

CATEGORIES