Monday, November 9, 2026
HomeBERITAPasukan Arkeologi Percaya Temui Lokasi Bahtera Nabi Nuh

Pasukan Arkeologi Percaya Temui Lokasi Bahtera Nabi Nuh

ISTANBUL –  Sekumpulan ahli arkeologi percaya mereka menemui lokasi bahtera Nabi Nuh yang terletak kira-kira 30 kilometer di selatan puncak Gunung Ararat, Turkiye, lapor laman berita kebudayaan OutKick semalam yang memetik akhbar The Sun.

Gunung Ararat sudah lama dikhabarkan sebagai lokasi bahtera Nuh bersama sejumlah orang beriman dan haiwan, mendarat selepas mengharungi banjir besar. Tumpuan diberikan kepada pembentukan misteri mirip sebuah kapal besar.

Menurut pasukan penyelidik, sampel tanah diambil dari lokasi menunjukkan terdapat tanda-tanda kayu reput.

Bagaimanapun, agak mengejutkan kerana lokasi itu tidak pernah diekskavasi pada masa lalu.

Penyelidikan kini dilakukan dengan kebenaran kerajaan Turkiye.

“Lokasinya terletak dalam tanah yang memiliki aliran aktif, jadi melindungi kawasan ini adalah   keutamaan kami. Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, rakan kami daripada universiti Turkiye akan melakukan ujian seperti sampel tanah, imbasan radar dan kaedah lain bagi mengenal pasti struktur yang kami kesan benar-benar buatan manusia atau pun formasi alam semula jadi.

“Hanya selepas mengumpulkan bukti mencukupi dan memiliki pelan pemuliharaan sewajarnya,  barulah kami menimbang untuk melakukan ekskavasi,” kata penyelidik projek tersebut, Andrew Jones.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES