Friday, June 26, 2026
HomeBERITANahas Pesawat Di Elmina, Punca Dari Masalah Protokol

Nahas Pesawat Di Elmina, Punca Dari Masalah Protokol

SHAH ALAM – Nahas membabitkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlaku di Elmina tahun lalu disahkan berpunca daripada kehilangan kawalan semasa penerbangan disebabkan masalah protokol yang tidak disengajakan.

Laporan akhir yang dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendapati punca utama kemalangan tersebut adalah peluasan secara tidak sengaja daripada ‘lift dump spoilers’ yang kemungkinan besar dilakukan oleh juruterbang semasa melakukan pemeriksaan sebelum pendaratan.

Tindakan tersebut menyebabkan kehilangan daya angkat secara tiba-tiba, seterusnya mengakibatkan kehilangan kawalan yang dahsyat sehingga berlakunya nahas.

Siasatan juga mendedahkan susunan tempat duduk kru tidak mematuhi protokol ditetapkan dalam Manual Penerbangan Pesawat.

“Juruterbang utama ditempatkan di kerusi kanan menakala Pembantu Juruterbang berada di kerusi kiri, yang bertentangan dengan panduan.

“Penyimpangan ini dipercayai menyumbang kepada komunikasi yang tidak berkesan serta pengurusan sumber kru yang lemah,” menurut laporan yang dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Burung Memilih Terbang’ – Luahan Aslam Cetus Tanda Tanya

0
PETALING JAYA – Tiga hari selepas perceraian dengan isteri kedua disahkan mahkamah, pempengaruh media sosial, Aslam berkongsi luahan yang seolah-olah menggambarkan situasi dilaluinya ketika...

CATEGORIES