Miliki 19,011 Video Dan Gambar Pornografi Kanak-Kanak, Lelaki Pedofilia Dipenjara Enam Bulan

0
521

TELUK INTAN, 20 Oktober- Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,500 kepada seorang lelaki atas pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak, Mei lalu.

Tertuduh Liew Ming Hui, 24 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret T.Ashvinii.

Mahkamah mengarahkan hukuman berjalan dari tarikh dia disabitkan bersalah, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh itu didakwa mempunyai dalam milikannya suatu bahan pornografi kanak-kanak iaitu satu unit kad memori yang mengandungi video dan gambar membabitkan kanak-kanak.

Kesalahan itu dilakukannya di Rumah Nombor 19 Atas, Lorong 1, Jalan Besar, Rancangan Perumahan Awam (RPA) 2 Langkap, jam 4.20 petang, 29 Mei lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 29 Mei lalu, polis merampas barang kes berbentuk satu unit komputer riba jenama Acer, Model Z5WAH, satu unit Adapter computer riba jenama Liteon dan satu unit pemacu kilat jenama Kingston Datatraveler 100 G3-64GB.

Hasil pemeriksaan dan siasatan polis, mendapati terdapat 19,011 dokumen membabitkan video dan gambar kanak-kanak pornografi di dalam pemacu milik tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam Jude Pereira.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here