Friday, June 26, 2026
HomeBERITAMasuk Percuma Semua Muzium Bawah JMM Pada 18 Mei

Masuk Percuma Semua Muzium Bawah JMM Pada 18 Mei

PETALING JAYA – Semua muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan dibuka secara percuma kepada orang ramai pada 18 Mei ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa.

“Sambutan Hari Muzium Antarabangsa bertemakan ‘Masa Depan Muzium Dalam Komuniti Yang Berubah Pantas’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aaron berkata, muzium menjadi titik pertemuan antara warisan silam dan aspirasi masa depan.

Menurut beliau, muzium menghubungkan komuniti atas semangat perpaduan dan kecintaan terhadap sejarah.

“Ini peluang terbaik untuk menyelami kekayaan sejarah, kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan yang menjadi teras identiti negara kita.

“Ayuh lawati muzium-muzium JMM di seluruh negara dan raikan warisan kita bersama-sama,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mahkamah Tolak Permohonan Tarik Pengesahan Lafaz Rujuk Datuk Red

0
RAWANG – Mahkamah di sini menolak permohonan penarikan kes tuntutan pengesahan lafaz rujuk yang difailkan oleh usahawan Datuk Red terhadap bekas isterinya yang juga...

CATEGORIES