Thursday, May 7, 2026
HomeBERITALepasan SPM Boleh Semak Keputusan UPU Mulai 22 Mei

Lepasan SPM Boleh Semak Keputusan UPU Mulai 22 Mei

PETALING JAYA – Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Mara Bahagian Pendidikan Tinggi (Mara BPT) bagi peringkat sijil, asasi dan diploma sesi akademik 2026/2027 untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Mei ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan tersebut boleh disemak bermula pukul 12 tengah hari pada 22 Mei hingga pukul 5 petang, 31 Mei depan.

Menurut KPT, semakan boleh dibuat secara atas talian menerusi portal rasmi UPUOnline di UPUOnline selain melalui aplikasi mudah alih UPUPocket dan MyGov di telefon pintar.

“Pengesahan setuju terima tawaran pula dibuka bermula 23 hingga 31 Mei 2026 di laman web UA, IPTA dan Mara BPT.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan kepada calon yang berjaya mulai 23 Mei selepas calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

KPT berkata, hanya pemohon yang tidak berjaya atau menerima tawaran pengajian peringkat sijil sahaja dibenarkan mengemukakan rayuan menerusi UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 22 Mei sehingga 31 Mei ini.

Menurutnya, rayuan ke Kolej Komuniti pula boleh dikemukakan terus kepada institusi berkenaan tanpa melalui sistem UPUOnline.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2026/2027 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian UA, IPTA dan Mara BPT tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan pula tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas proses pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Terlalu Banyak Benci Di Sini, Bagaimana Cara Kamu Dibesarkan?’

0
PETALING JAYA – Laman sosial bagai dijadikan gelanggang menghakimi orang lain, pelakon Nabila Huda menegur tindakan segelintir netizen yang terlalu obses untuk menyebarkan kebencian...

CATEGORIES