Wednesday, November 18, 2026
HomeBERITALelaki Maut Terjatuh Ketika Mendaki Gunung Keriang

Lelaki Maut Terjatuh Ketika Mendaki Gunung Keriang

ALOR SETAR – Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mendaki Gunung Keriang, di sini hari ini.

Komander Operasi Kanan Zon 1 Kota Setar, Penguasa Bomba Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.15 petang tadi.

“Seorang lelaki dilaporkan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bergegas ke lokasi.

“Anggota seterusnya memulakan pendakian dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa dibawa turun dengan kebenaran polis dan tiba di kaki gunung pada pukul 9.36 malam tadi.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Beruang Matahari 70kg Tidur Bawah Rumah Ketika Hujan

0
DUNGUN – Seekor beruang matahari jantan seberat kira-kira 70 kilogram (kg) ditangkap selepas ditemukan berkeliaran sebelum berlindung dan tidur di bawah rumah penduduk ketika...

CATEGORIES