Sunday, January 18, 2026
HomeBERITAKes Tikam Wanita Di Dobi, Rupanya Suspek Positif Dadah

Kes Tikam Wanita Di Dobi, Rupanya Suspek Positif Dadah

KUALA TERENGGANU – Suspek yang disyaki menikam seorang wanita di sebuah dobi layan diri di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus Sabtu lalu berjaya ditahan polis semalam.

Lelaki berusia 25 tahun itu diberkas di Kampung Mengabang Telipot, Kuala Nerus pada pukul 3.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, ujian air kencing mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek tidak saling mengenali antara satu sama lain.

“Sehubungan itu, kita tidak menolak kemungkinan serangan tersebut bermotifkan cubaan samun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Wan Mohd. Zaki berkata, suspek telah direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 akta sama.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan seorang wanita tiba-tiba ditikam pada bahagian belakang badannya oleh suspek di sebuah dobi layan diri.

Perbuatan lelaki itu berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan. 

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ekonomi Malaysia Diunjur Bertumbuh 5.7% Pada Suku Keempat 2025

0
PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.7 peratus pada suku tahun keempat 2025, berdasarkan anggaran awalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diterbitkan...

CATEGORIES