Thursday, May 28, 2026
HomeBERITAJPJ Perlu Terus Perkukuh Perkhidmatan, Pastikan Sistem Pengangkutan Lancar - PM Anwar

JPJ Perlu Terus Perkukuh Perkhidmatan, Pastikan Sistem Pengangkutan Lancar – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk terus memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi itu terpelihara.

Dalam hantarannya di Facebook bersempena ulang tahun ke-80 JPJ hari ini, Anwar berkata dalam keadaan jalan raya yang semakin rumit, tanggungjawab itu menuntut ketegasan, pertanggungjawaban dan kecekapan berterusan oleh agensi tersebut.

“Selamat ulang tahun ke-80 kepada JPJ. Selama lapan dekad, JPJ telah memainkan peranan penting dalam memastikan sistem pengangkutan negara berjalan teratur dan selamat, selari dengan keperluan rakyat dan perkembangan semasa,” katanya.

Anwar dalam pada itu turut menghargai komitmen seluruh warga JPJ yang terus berkhidmat dengan tangkas dan berintegriti.

“Semoga institusi ini kekal teguh dalam menjalankan amanahnya demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES