Wednesday, March 11, 2026
HomeBERITAIndeks Pencemaran Udara Menurun Kepada 12 Kawasan Di Sembilan Negeri Malaysia

Indeks Pencemaran Udara Menurun Kepada 12 Kawasan Di Sembilan Negeri Malaysia

KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat menurun kepada 12 kawasan, merangkumi sembilan negeri setakat 3 petang Isnin.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan Cheras di ibu kota dan Nilai, Negeri Sembilan merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 162, diikuti Banting di Selangor, Seremban di Negeri Sembilan yang mencatat bacaan pada tahap 156.

Menurut Berita Harian, bacaan IPU kategori tidak sihat juga dilaporkan di kawasan Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor pada tahap 155; serta Putrajaya dan Port Dickson di Negeri Sembilan pada tahap 154.

Turut mencatat bacaan IPU melebihi 100 ialah Batu Muda, Kuala Lumpur (145); dan Klang, Selangor (124).

Sementara itu, 42 stesen APIMS di seluruh negara mencatat bacaan IPU sederhana, manakala empat stesen lagi merekodkan bacaan baik.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES