Friday, October 10, 2025
HomeBERITAFreedom Flotilla: Tentera Israel Pintas 9 Kapal Guna Helikopter

Freedom Flotilla: Tentera Israel Pintas 9 Kapal Guna Helikopter

PETALING JAYA – Sembilan buah kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG), telah dipintas tentera Israel sebentar tadi.

Menerusi kenyataan Humanitarian Care Malaysia (MyCare), penahanan itu berlaku sekitar pukul 10.50 pagi ini waktu Malaysia.

“Kesembilan kapal Concious telah dipintas tentera Israel lingkungan jam 10.50 pagi ini waktu Malaysia.

“Lapan delegasi Malaysia diatas kapal Conscience dan seorang delegasi Malaysia di atas kapal Umm Saad,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan paparan lintas langsung berhubung status terkini FFC x TMTG, kapal berkenaan telah melepasi garisan kuning dan sedang mendekati garisan merah dengan berbaki lebih kurang 100 batu ke perairan Gaza.

Namun pada kali ini, tentera Israel menggunakan helikopter berbanding memintas menggunakan jalan laut seperti sebelumnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Indonesia Larang Gimnas Israel Sertai Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia

0
JAKARTA – Persekutuan Gimnastik Indonesia menyatakan bahawa badan pentadbir antarabangsa sukan itu menyokong keputusan Indonesia menolak penyertaan atlet Israel untuk kejohanan gimnastik artistik dunia...

CATEGORIES