PETALING JAYA – Orang ramai bakal menikmati diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali kali ini.
Berita baik itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
“Kerajaan bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali,” katanya.





