Monday, October 5, 2026
HomeBERITABibir Pecah Bukan Sekadar Disebabkan Cuaca, Ini Puncanya

Bibir Pecah Bukan Sekadar Disebabkan Cuaca, Ini Puncanya

BIBIR yang sentiasa pecah atau merekah sering dianggap sebagai masalah kecil yang tidak memerlukan perhatian.

Ramai individu menganggap keadaan ini hanya berpunca daripada cuaca panas, cuaca sejuk atau kekurangan penggunaan pelembap bibir. Bagaimanapun, jika bibir terus mengalami kekeringan, merekah atau mengelupas dalam tempoh yang lama, keadaan itu tidak seharusnya dipandang ringan.

Bibir yang sentiasa boleh menyebabkan rasa sakit, pedih, berdarah dan menyukarkan aktiviti harian seperti makan, minum serta bercakap.

Salah satu punca utama bibir pecah-pecah ialah kekurangan kelembapan.

Kulit bibir jauh lebih nipis berbanding kulit pada bahagian tubuh yang lain dan tidak mempunyai kelenjar minyak untuk mengekalkan kelembapannya secara semula jadi.

Oleh sebab itu, bibir lebih mudah menjadi kering apabila terdedah kepada cahaya matahari, angin, penghawa dingin atau cuaca yang terlalu panas dan sejuk.

Keadaan ini boleh menyebabkan bibir mudah merekah. Pengambilan air yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan bibir menjadi kering.

Apabila tubuh mengalami kekurangan cecair atau dehidrasi, bibir antara bahagian pertama yang menunjukkan tanda-tandanya.

Bibir akan kelihatan kusam, kasar, merekah dan mudah mengelupas. Oleh itu, memastikan tubuh mendapat air yang mencukupi setiap hari amat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, termasuk bibir.

Ramai juga mempunyai tabiat menjilat atau menggigit bibir apabila terasa kering.

Walaupun air liur memberikan rasa lembap untuk seketika, ia sebenarnya akan menyejat dengan cepat dan menyebabkan bibir menjadi lebih kering daripada sebelumnya.

Selain itu, enzim yang terdapat dalam air liur boleh merengsakan kulit bibir yang sensitif.

Tabiat menggigit atau mengopek kulit bibir yang mengelupas pula boleh menyebabkan luka kecil, pendarahan serta meningkatkan risiko jangkitan.

Selain faktor pemakanan, sesetengah produk penjagaan diri juga boleh menjadi penyebab bibir pecah-pecah.

Gincu, produk penjagaan bibir atau kosmetik tertentu mungkin mengandungi bahan yang boleh menyebabkan alahan atau kerengsaan kepada individu yang sensitif.

Keadaan ini boleh menyebabkan bibir menjadi merah, gatal, kering serta mengelupas.

Bagi mengurangkan masalah bibir pecah-pecah, beberapa langkah mudah boleh diamalkan.

Minumlah air secukupnya setiap hari, gunakan pelembap bibir yang sesuai, terutamanya sebelum keluar rumah atau sebelum tidur, dan lindungi bibir daripada sinaran matahari dengan produk yang mempunyai perlindungan SPF.

Elakkan menjilat, menggigit atau mengopek kulit bibir yang mengelupas kerana tabiat ini hanya akan memburukkan keadaan.

Bibir yang sentiasa pecah-pecah bukan sekadar masalah kosmetik, malah boleh menjadi petunjuk kepada keadaan kesihatan atau gaya hidup yang perlu diberi perhatian.

Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi, menggunakan produk penjagaan bibir yang sesuai dan mendapatkan rawatan apabila perlu, kesihatan bibir dapat dipelihara dengan lebih baik.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Idah Tonggek, Pitih Sini’ – Mewah Sejak Kecil Inspirasi A. Aida...

0
PETALING JAYA – Bawa wang saku RM50 ke sekolah, penerbit Datuk A. Aida mengakui dimewahkan arwah bapanya sejak kecil dan pengalaman hidup serba cukup...

CATEGORIES