Air Pasang Besar Di Kedah, APM Nasihat Orang Ramai Waspada Aktiviti Riadah Pantai

5
621
Foto: Harian Metro

ALOR SETAR, 29 Oktober- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah mengenal pasti empat kawasan berisiko berlaku fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku selama tiga hari bermula esok.
 
Pengarahnya, Leftenan Kolonel (Pertahanan Awam) Zairil Anuar Zulmuji berkata lokasi yang terlibat adalah Kuala Kedah di Daerah Kota Setar; Kota Kuala Muda di Kuala Muda; Kuala Yan, Yan; dan Kuala Jerlun di Kubang Pasu.
 
Beliau berkata, sebanyak 38 kenderaan darat pelbagai jenis dan 85 buah bot sedia untuk digerakkan ke kawasan yang terjejas selain 1,100 anggota sukarelawan APM juga berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Bagi memastikan keselamatan penduduk kawasan setempat, APM dan petugas Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.
 
“Pasukan penyelamat pantai di menara tinjau sekitar Pantai Merdeka dan pantai sekitar Pulau Langkawi khususnya Pantai Cenang turut diarahkan untuk memantau pergerakan orang awam yang datang beriadah,”katanya.
 
Bagaimanapun, Zairil turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pantai buat seketika sepanjang tempoh fenomena air pasang besar.

Jelasnya, penduduk yang tinggal di sekitar kawasan-kawasan yang berisiko terutamanya di kawasan pantai diingatkan supaya sentiasa bersiap-siaga dan memantau persekitaran rumah kediaman masing-masing.

“Sekiranya berlaku kenaikan air yang berdadak penduduk perlu bersedia untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat dan juga ke pusat-pusat pindahan sementara,”katanya.
 
Fenomena air pasang besar yang diramal berlaku dalam tempoh tiga hari dijangka mencapai ketinggian ombak sehingga tiga meter.
 
Jangkaan air pasang akan berlaku sekitar pukul 12.47 pagi esok manakala jangkaan air pasang pada Isnin pada pukul 1.16 pagi dan pada hari Selasa diramalkan berlaku pada 1.45 pagi.

5 COMMENTS

  1. Hi there, just became aware of your blog through Google, and found that it’s truly informative.
    I am gonna watch out for brussels. I will appreciate if you continue this in future.

    Numerous people will be benefited from your writing. Cheers!

  2. You’re so awesome! I don’t believe I’ve read through anything like this before. So great to discover someone with some unique thoughts on this issue. Really.. thank you for starting this up. This site is something that is needed on the web, someone with a little originality.

  3. Hi there! This post couldn’t be written much better! Going through this article reminds me of my previous roommate! He continually kept preaching about this. I most certainly will forward this information to him. Pretty sure he’ll have a good read. Many thanks for sharing!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here