Sunday, June 15, 2025
HomeBERITA6 Individu Ditahan, 15 Kanak-Kanak Diselamatkan Dalam Serbuan Di Masjid Tanah

6 Individu Ditahan, 15 Kanak-Kanak Diselamatkan Dalam Serbuan Di Masjid Tanah

ALOR GAJAH – Seramai enam individu ditahan, manakala 15 lagi kanak-kanak diselamatkan dalam serbuan kedua premis yang dipercayai berkaitan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Masjid Tanah, di sini, petang tadi.

Dalam serbuan sekitar pukul 2 hingga 3 petang itu, serbuan Op Global itu dijalankan di tiga buah premis berbeza termasuk dua rumah dipercayai milik ahli GISBH di Taman Ayer Molek Perdana, Masjid Tanah di sini.

Seramai empat individu iaitu tiga wanita serta seorang lelaki ditahan, manakala 15 kanak-kanak yang ditemui di premis diselamatkan.

Serbuan turut dilakukan di sebuah kawasan limbungan kapal di Kampung Nelayan Kuala Linggi yang membawa kepada penahahan dua lelaki.

Setakat ini secara keseluruhan seramai 11 individu telah ditahan dan 34 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global yang dilaksanakan di Melaka, hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan sebanyak 15 premis termasuk sebuah rumah ahli yang disyaki mempunyai kaitan GISBH diserbu pasukan kontinjen negeri ini, pagi tadi.

Seramai lima individu terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita ditahan, manakala 19 kanak-kanak turut ditemui dan diselamatkan dalam serbuan di sebuah kediaman di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Serbuan turut dilakukan di rumah amal pertubuhan, kedai bakeri, retoran, kedai langsir, pasar mini, kilang memproses kuetiau dan pejabat pengurusan.

Sumber  : KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nahas Air India: ‘Saya Tidak Tahu Bagaimana Boleh Terselamat’

0
NEW DELHI – Seorang lelaki Britain menjadi individu tunggal terselamat dalam nahas penerbangan Air India membawa 242 orang yang terhempas sejurus selepas berlepas di...

CATEGORIES