Wednesday, March 11, 2026
HomeBERITA228 Sampel DNA Telah Diambil, Bantu Siasatan Kes Zayn Rayyan

228 Sampel DNA Telah Diambil, Bantu Siasatan Kes Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Seramai 228 individu telah diambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Berdasarkan Kosmo, ujian DNA itu melibatkan pemeriksaan unit rumah dan premis perniagaan di Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan dijalankan melibatkan 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.

“Jumlah keseluruhan penduduk yang diperiksa adalah seramai 5,628 orang manakala setakat ini, ujian DNA yang telah diambil melibatkan 228 individu.

“Siasatan dijalankan oleh seramai 278 pegawai dan anggota termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan turut dibantu beberapa IPD lain,” katanya hari ini.

Tambahnya, kesemua sampel DNA itu diambil melibatkan sebahagian penduduk di seluruh blok kawasan Apartment Idaman yang berkeluasan 22.75 ekar.

“Pengambilan DNA akan diteruskan lagi bagi memastikan siasatan berjalan dengan lancar.

“Keadaan cuaca yang hujan secara langsung memperlahankan operasi pencarian bukti yang dijalankan pihak polis,” ujarnya.

Katanya, pihaknya telah merakam keterangan melibatkan 20 individu termasuk ibu bapa serta individu yang menjumpai mayat mangsa pada malam Rabu lalu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan mayat Zayn Rayyan sejak Selasa lalu ditemui di anak sungai kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat yang mengesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES