Tuesday, June 23, 2026
HomeVIRALKopi Harga Kayangan, 100 Gram Bernilai RM4,200

Kopi Harga Kayangan, 100 Gram Bernilai RM4,200

PETALING JAYA – Harga ‘kayangan’ tidak menghalang pembeli daripada berbelanja sebanyak RM4,200 setiap 100 gram untuk membeli Kopi Emas Paraiso yang berasal dari Amerika Selatan.

Menurut sebuah hantaran tular di laman TikTok, penjualan biji kopi tersebut laku keras terutama dalam kalangan peminat kopi.

Selepas dibancuh, harga secawan kopi tersebut boleh mencecah RM1,200.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berpendapat kopi tersebut hanya sesuai dinikmati oleh peminat kopi ‘sebenar’.

Manakala, rata-rata pengguna lain lebih rela membeli kopi yang lebih murah berbanding berhabis duit membeli kopi ‘kayangan’.

“Hanya untuk pencinta kopi. Baunya pahit dan pekat sangat,” kata Theimpawsible.

“100 gram harga macam ini? Kalau jadi espreso hanya dapat 5.5 cawan sahaja,” kata Apiz.

“Satu gram kopi ini bersamaan RM42, mahal betul,” kata Redlinebie.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 38,400 tanda suka dan 1,441 komen.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tiada Penyesalan, Allah Ada Perancangan Lebih Baik – Kaka Azraff

0
PETALING JAYA – Positif menggalas status ibu tunggal, penyanyi Kaka Azraff yakin perjalanan hidupnya bersama tiga permata hatinya akan dipermudahkan Allah berkat doa serta...

CATEGORIES