Wednesday, April 29, 2026
HomeLUAR NEGARABola Golf Melayang Di Ruang Udara Lebuh Raya

Bola Golf Melayang Di Ruang Udara Lebuh Raya

JAKARTA –  Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario bola golf melayang di ruang udara dan jatuh di tengah lebuh raya berhampiran Tol Rawamangun di Jakarta, lapor portal berita Okezone hari ini.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Dalam video yang dikongsikan di laman Instagram, sebiji bola golf secara tiba-tiba melayang ke tengah lebuh raya, namun tidak mengenai sebarang kenderaan.

“Jalan berhampiran Tol Rawamangun ini dikatakan sering mengalami situasi bola golf melayang masuk ke tengah jalan. Ia amat berbahaya jika terkena pada kenderaan. Hati-hati kepada pengguna jalan raya,” kata hantaran video tersebut.

Berdasarkan maklumat dalam aplikasi pemetaan Google Maps, plaza tol tersebut terletak  berhampiran sebuah padang golf tertua di Indonesia yang mempunyai keluasan mencapai 43 hektar.

Bola golf yang kerap  melayang ke tengah jalan dipercayai datang dari padang golf berkenaan.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Tidak pernah ada usaha penambahbaikan daripada pengurusan kelab golf seperti menambah jaring di tepi jalan,” kata seorang netizen.

“Pernah juga hampir terkena (bola golf). Mohon perhatian pihak kelab golf,” kata netizen lain.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Qadejah Dimasukkan Ke Hospital, Shahida Mohon Doa Orang Ramai – “Dia...

0
Usahawan dan penyanyi, Datin Seri Shahida meluahkan kebimbangan apabila anak keduanya, Qadejah El Zahra dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas. Menerusi...

CATEGORIES