Wednesday, October 28, 2026
HomeBERITATiada Keperluan Perintah Kawalan Pergerakan Buat Masa Ini - Dr. Dzulkefly

Tiada Keperluan Perintah Kawalan Pergerakan Buat Masa Ini – Dr. Dzulkefly

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai hasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes Covid-19 buat masa ini.

Berdasarkan laporan Kosmo, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya mengakui bahawa wujudkan peningkatan kes dalam negara dan berharap agar situasi ketika ini boleh dilalui tanpa sebarang sekatan yang berlaku sebelum ini.

“Ada bertanya, jadi kita jelaskan tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP.

“Jadi, bagi hadapi lonjakan kes, KKM menetapkan lima strategi kesiapsiagaan dalam menghadapi peningkatan kes Covid-19 seperti pengesanan awal melalui sistem Amaran Awal atau Heightened Alert System (HAS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas berhubung Covid-19 di Kementerian Kesihatan di sini tadi.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Under’ Restoran Bawah Laut Norway Pertama Di Dunia

0
Bayangkan menikmati hidangan sambil melihat ikan berenang di sebalik tingkap kaca gergasi. Pengalaman luar biasa ini boleh dinikmati di Under, sebuah restoran yang terletak...

CATEGORIES