Wednesday, May 27, 2026
HomeHIBURANNelydia Senrose Sudah 'Freehair' Semula?

Nelydia Senrose Sudah ‘Freehair’ Semula?

PETALING JAYA – Aktres Nelydia Senrose sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila secara terang-terangan menunjukkan dirinya sudah tidak lagi bertudung.

Perkara tersebut dilihat ketika sepupunya yang juga pelakon Aprena Manrose memuat naik video dalam TikTok sekali gus menunjukkan mereka menghabiskan masa bermain badminton.

Berdasarkan pemerhatian, pemilik nama lengkap Nik Zaris Nelydia Nik Sen membiarkan rambutnya terdedah selain mengenakan pakaian sukan berona hitam.

Rata-rata netizen terkejut melihat penampilan aktres berusia 29 tahun itu selepas menyangka dia sudah bertudung sepenuhnya.

“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” tanya netizen.

“Eh! Tudung Nelydia terbang semasa bermain badminton,” ujar pengikut lagi.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan pelakon drama popular Setia Hujung Nyawa itu menukar gambar profil Instagram yang menunjukkan tidak lagi manis bertudung.

Pada September lalu, menerusi ruangan pojok Mizz Lahar turut melaporkan wanita itu sekadar mengenakan topi ketika bercuti bersama saudara terdekat dan beberapa rakan lain di Bangkok, Thailand.

Adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu difahamkan mula mengenakan hijab sejak 2022.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES