Thursday, June 25, 2026
HomeLUAR NEGARALV Jual But Seperti Kaki Manusia Pada Harga RM12,850

LV Jual But Seperti Kaki Manusia Pada Harga RM12,850

PARIS – Jenama fesyen tersohor dunia, Louis Vuitton (LV) mengeluarkan koleksi kasut but baharu yang direka menyerupai kaki manusia, lapor laman berita Wion News semalam.

Reka bentuk kasut but itu mempunyai persamaan dengan kaki wanita yang memakai kasut tumit tinggi hitam dengan stokin putih.

Kasut but itu dikeluarkan dalam dua warna tona kulit berbeza dan dijual pada harga AS$2,750 (RM12,850).

“Kulit anak lembu yang dicat menggunakan tangan untuk mencipta ilusi stokin, dengan dengan perincian bergaris dan huruf LV dan dipakai di dalam kasut hitam.

“Setiap model buatan tangan adalah unik, disiapkan sebagai kasut tumit tinggi dan zip belakang yang mudah dipasang,” demikian penerangan produk itu.

Penjualan produk itu mendapat perhatian netizen dengan seorang pengguna Instagram berkata bahawa ia kelihatan seperti kaki prostetik.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES