Thursday, May 7, 2026
HomeBERITATiga Beranak Sesat Dalam Hutan, Terselamat Kerana Berkongsi 'Live Location'

Tiga Beranak Sesat Dalam Hutan, Terselamat Kerana Berkongsi ‘Live Location’

SRI AMAN – Perkongsian ‘live location’ di aplikasi Whataspp telah menyelamatkan tiga beranak yang sesat ketika mencari durian di dalam hutan berdekatan Bukit Bengunan, Pantu di sini.

Berdasarkan laporan Kosmo, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian tersebut berlaku ketika tiga beranak berusia 25 hingga 62 tahun itu  keluar mencari durian di kebun mereka pada pukul 10 pagi semalam.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang katanya, mereka gagal menemui jalan pulang lalu menghubungi pasukan bomba kira-kira pukul 2 petang bagi mendapatkan bantuan.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan pencarian berpandukan ‘live location’ yang dihantar mangsa melalui Whatsapp kepada Komander Operasi.

“Perjalanan pasukan SAR menuju ke lokasi mangsa dalam jarak 1.4 kilometer dan mengambil masa lebih sejam untuk masuk ke dalam hutan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata tiga beranak itu berjaya dijumpai pada pukul 5.20 petang tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarga Sekalipun, Kalian Tiada Hak Sentuh Anak Orang Lain’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Zahirah Macwilson mengingatkan masyarakat agar tidak memandang ringan soal batas fizikal yang kadangkala membuatkan mereka sewenang-wenangnya menyentuh anak orang lain...

CATEGORIES