Thursday, June 25, 2026
HomeLUAR NEGARABenua Antartika Cair Dengan Pantas, Amaran Malapetaka Bakal Berlaku

Benua Antartika Cair Dengan Pantas, Amaran Malapetaka Bakal Berlaku

BANDAR RAYA NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran bahawa ais di benua Antartika mencair dengan kadar pantas sekali gus mencetuskan risiko malapetaka kepada seluruh dunia, lapor laman berita Euronews semalam.

Menurut beliau, tindakan segera perlu diambil ketika mesyuarat sidang kemuncak iklim COP28  berlangsung di Dubai minggu depan bagi mengelakkan kemusnahan tersebut daripada berlaku.

“Kita menyaksikan ais mencair pada kadar yang amat pantas.

“Antartika sedang ‘bangun’ dan dunia juga perlu bangun bertindak,” katanya sambil merujuk kepada kadar pencairan ais di benua Antartika yang dianggap seperti gergasi yang sedang tidur.

Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan tiga hari di Antartika bagi menyaksikan sendiri keadaan semasa kadar kecairan ais di situ.

Dalam pada itu, Guterres turut menyatakan bahawa lapisan ais di Greenland turut mencair dengan pantas serta kehilangan 250 gigaton ais setiap tahun.

Satu gigaton adalah menyamai satu bilion metrik tan.

“Semua ini akan mencetuskan malapetaka di seluruh dunia. Apa yang berlaku di Antartika tidak hanya kekal di situ.

“Apa yang berlaku di beribu-ribu batu jauhnya turut memberi kesan langsung di sini,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Burung Memilih Terbang’ – Luahan Aslam Cetus Tanda Tanya

0
PETALING JAYA – Tiga hari selepas perceraian dengan isteri kedua disahkan mahkamah, pempengaruh media sosial, Aslam berkongsi luahan yang seolah-olah menggambarkan situasi dilaluinya ketika...

CATEGORIES