Friday, November 20, 2026
HomeHIBURAN‘Saya Boleh Lakukan Lebih Daripada Watak Penyondol’ - Nadia Brian

‘Saya Boleh Lakukan Lebih Daripada Watak Penyondol’ – Nadia Brian

KUALA LUMPUR – Sering diberi kepercayaan menjayakan watak wanita penyondol atau penggoda, pelakon Nadia Brian mengakui bimbang sekiranya karakter tersebut menjadi ‘badi’ sehingga mengehadkan tawaran lakonan lain dalam kerjayanya.

Menurut Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, dia bagaimanapun tetap bersyukur dengan setiap rezeki namun masih berharap diberi peluang untuk meneroka watak lain.

“Jujurnya saya sampai takut perkara ini jadi badi sebab terlalu kerap jadi perampas dan penyondol tetapi percaya ramai lagi pelakon yang sering diberikan karakter sama secara konsisten.

“Walaupun begitu, ini mungkin rezeki dan alhamdulillah saya tidak pernah menyesal atau mahu mengulas buruk mengenainya.

“Orang kenal saya memang selalu dengan karakter penyondol dan penggoda. Cuma saya harap produser dan pengarah di luar sana, saya boleh lakukan lebih daripada itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Like & Latte di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, dia menjelaskan bahasa ramai tidak menyedari bahawa menjayakan watak antagonis seperti itu sebenarnya menuntut komitmen dan usaha yang sangat tinggi khususnya dari aspek penjagaan penampilan sepanjang gempoh penggambaran.

“Sebenarnya watak penyondol dan semua itu memerlukan usaha yang sangat banyak.

“Proses bersiap itu satu hal, nak jaga, bersiap dari segi solekan dan aksesori sekecil subang pun memang sangat memenatkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia meluahkan hasrat untuk membintangi naskhah berat seperti filem biopik atau menjayakan karakter yang tidak memerlukan solekan tebal bagi membuktikan sisi versatil dirinya sebagai anak seni.

“Sudah tentu saya mahu mencuba karakter yang lebih berat. Kalau dapat tawaran biopik atau watak yang tidak perlu bersolek pun saya sebenarnya boleh lakukan.

“Tolong beri saya peluang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Like& Latte yang terbitan UTV Original yang diterajuinya mengetengahkan konflik menjalankan perniagaan bersama pasangan selain sepanjang turut dibintangi Diana Danielle dan Shah Jaszle.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jawatan Menteri Pengangkutan Kosong, kelulusan Pelancaran ECRL Jadi Persoalan

0
KUALA LUMPUR – Kekosongan jawatan Menteri Pengangkutan susulan peletakan jawatan Anthony Loke mencetuskan persoalan mengenai kelulusan yang memerlukan tandatangan menteri berkenaan bagi membolehkan pelancaran...

CATEGORIES