Friday, November 13, 2026
HomeHIBURANSiti Khadijah Nafi Bersedih, Minta Peminat Hentikan 'Delulu'

Siti Khadijah Nafi Bersedih, Minta Peminat Hentikan ‘Delulu’

PETALING JAYA – Pelakon Siti Khadijah Halim menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dirinya sedang bersedih, yang difahamkan berkaitan kontroversi melibatkan aktor Amir Ahnaf sebelum ini.

Tampil bersuara untuk terakhir kali, Siti Khadijah atau nama lengkapnya Siti Khadijah Abdul Halim, 28, meminta peminat menghentikan angan-angan mengaitkannya dengan mana-mana individu.

Ini pertama dan terakhir okey. Siti harap sangat kalian hentikan ‘delulu’ ini, tiada siapa yang sedih.

“Ini memang diri saya dan tiada siapa yang merindui sesiapa.

“Cuma rindu Jepun sahaja. Jadi tolong hentikan, saya sangat letih,” katanya.

Dia berkata demikian dengan memberi respons terhadap persoalan tersebut menerusi sesi soal jawab dalam InstaStory selepas seorang pengikut bertanya mengenai keadaan dirinya ketika ini.

Menerusi hantaran berasingan, bintang drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu turut berkongsi tentang rutin dan perancangan kehidupannya ketika ini yang banyak memberi fokus terhadap kebahagiaan diri sendiri.

Menurutnya, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya dan menjaga kehidupan peribadinya sahaja.

“Kerja, buat rumah, tunaikan umrah, sertai maraton, mengembara secara solo dan menjaga hal sendiri sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, namanya sering menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial selepas dia didakwa menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Amir susulan keserasian mereka ketika bergandingan bersama untuk drama Sekam Dalam Cinta.

Namun, hubungan mereka dikatakan semakin renggang susulan beberapa kontroversi dilalui Amir termasuk komen didakwa berbaur lucah terhadap seorang wanita.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pengiktirafan Berprestij Buat Cef Anis Nabilah Di Pentas Kulinari

0
KUALA LUMPUR – Cef selebriti Anis Nabilah mengharumkan nama Malaysia apabila menerima penghormatan berprestij TOP Outstanding Celebrity Chef Award 2026 dalam sebuah majlis di...

CATEGORIES