Thursday, October 22, 2026
HomeBERITATuJu Perlu Mantap, Bagi Meyakinkan Untuk Tarik Pengguna Tempatan

TuJu Perlu Mantap, Bagi Meyakinkan Untuk Tarik Pengguna Tempatan

KUALA LUMPUR – Aplikasi navigasi tempatan, TuJu, perlu membuktikan keupayaannya dari segi ketepatan arah, kelancaran penggunaan dan kecekapan sistem sebelum dapat menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Kakitangan swasta, Azhan Sharif, 45, berpandangan, aspek prestasi dan kebolehpercayaan TuJu perlu diberikan perhatian bagi memastikan aplikasi itu memenuhi keperluan pengguna.

Menurutnya, TuJu perlu menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik atau sekurang-kurangnya setanding aplikasi navigasi sedia ada bagi memastikan pengguna tidak berdepan masalah ketika menggunakannya.

“Pembangunan aplikasi tempatan wajar dihargai sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran anak tempatan.

“Namun sekiranya fungsi dan keupayaan aplikasi itu masih kurang berbanding aplikasi navigasi sedia ada, pembangunannya dilihat gagal memenuhi keperluan sebenar pengguna,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, aspek tadbir urus dan ketelusan juga perlu diberi perhatian bagi memastikan keselamatan data pengguna terjamin serta mengelakkan kebocoran maklumat peribadi.

“Keyakinan rakyat terhadap aplikasi tempatan turut ditentukan oleh keupayaan teknologi dan tahap perlindungan data yang ditawarkan.

“Prestasi TuJu perlu diuji dalam situasi sebenar, terutama ketika musim perayaan dan cuti umum bagi menilai keupayaannya, mengelakkan kesesakan serta mencadangkan laluan alternatif,” katanya.

Azhan berkata, rakyat perlu mengambil serius kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mencadangkan menggunakan aplikasi TuJu berbanding aplikasi navigasi lain.

Sementara itu seorang pagi pengguna aplikasi navigasi, Mohd Ashraff Khan Md Najib berkata, walaupun rekod prestasi dan kestabilan aplikasi tempatan itu belum dapat dinilai, masyarakat boleh memberikan sokongan dengan mencubanya terlebih dahulu.

“Saya menyambut baik cadangan kerajaan untuk memperkenalkan TuJu asalkan aplikasi itu stabil, boleh digunakan semua orang dan mempunyai fungsi hampir sama seperti Waze serta Google Maps.

“Aspek mesra pengguna juga penting bagi memastikan aplikasi berkenaan mudah digunakan dan tidak memeningkan rakyat ketika menggunakannya,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Noh Salleh Idam Duet Dengan Siti Nurhaliza Sekali Lagi, “Kalau Beliau...

0
PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer Noh Salleh menyimpan hasrat mengundang Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk berduet dalam konsert Cadenza of the...

CATEGORIES