Thursday, October 15, 2026
HomeBERITAPerkhidmatan Dalam Talian Tabung Haji Dengan Bank Islam Kembali Beroperasi

Perkhidmatan Dalam Talian Tabung Haji Dengan Bank Islam Kembali Beroperasi

PETALING JAYA – Perkhidmatan dalam talian antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kembali beroperasi hari ini.

TH menerusi kenyataan memaklumkan pendeposit kini boleh melakukan transaksi antara kedua-dua institusi itu seperti biasa.

Menurut kenyataan itu, sistem TH juga telah bersedia sepenuhnya untuk menyambung semula perkhidmatan dalam talian dengan bank rakan strategik yang lain.

Bagaimanapun, penyambungan semula perkhidmatan berkenaan masih menunggu pengesahan daripada pihak bank terbabit.

Sementara itu, pendeposit boleh mendapatkan kemudahan transaksi dan perkhidmatan TH yang lain di pejabat cawangan TH.

Perkembangan terkini mengenai penyambungan semula perkhidmatan dalam talian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lampu Jalan Terbakar Punca Asap Tebal Di DUKE – Polis

0
KUALA LUMPUR: Kepulan asap tebal yang tular berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), pagi tadi, disahkan berpunca daripada kebakaran lampu jalan di laluan berkenaan. Ketua Polis...

CATEGORIES